Tuesday, June 29, 2010

Otak kanan Jepun

Text Size:
Random Highlight



just three little BUT VER...


Personaliti : Ibnu Sina (...


Interesting facts related...


JENIS-JENIS PENYAKIT DAN ...


Beza Otak Lelaki Dan Otak...


segitiga bermuda


Asal Usul Nama Tempat Di ...


Kisah Jari


Water Or Coke?


Ulasan Mengenai Pelbagai ...


Untuk Renungan-Kata-Kata ...

keberkesanannya. Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas... yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje... dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku... dah nampak

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati... kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal... .sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu... kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe... ... . .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi... ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan... .Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ... sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak... ... .. sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri... ... .kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die... ..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa... ... . ..kita pun bukan tak biasa merapu... ... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam... .bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu... ... ..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat... ..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks... tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi... .Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak... ... Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca... .
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat... ..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak... contohnya. ... Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

Khasiat taugeh

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada

Salah satunya ialah kanavanin (canavanine),sejenis asid yang amino.Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besardan pankreas.Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.

Estrogen dalam tauge dapat

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi

Selepas mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan,ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur Fitokimia ya berkhasiat. meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis).

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanserpayudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.

Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuangkotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah sel kanser.Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar,tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh.Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Selaput Dara

Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai ?beban yang berat? kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan seksual buat kali pertama.
Malam dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

COKE

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh... mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati... .nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

ASAL USUL LAGU 'HAPPY BIRTHDAY"

TAHUKAH ANDA ASAL LAGU "SELAMAT HARIJADI"
(Happy Birthday To You)?

Lagu ucapan selamat menyambut harijadi "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. Namun tahukah anda, bilakah lagu "paling popular di dunia," sepanjang zaman ini dicipta? Dan siapakah penciptanya

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to ... ... ... ... ... ... ..
Happy birthday to you

Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.

31 tahun kemudian, setelah Dr. Patty Smith Hill menjadi Ketua Jabatan Pendidikan Taman Didikan Kanak-kanak di Kolej Guru Universiti Columbia, seorang lelaki bernama Robert H. Coleman telah menerbitkan lagu tersebut tanpa meminta kebenaran daripada kedua beradik tersebut. Malah dia telah membuat versi baru dengan menukarkan lirik asalnya, "Good Morning to All", kepada "Happy Birthday to You."

Lagu versi Coleman dengan lirik baru telah menjadikan lagu tersebut popular dan sekaligus menenggelamkan versi pertama ciptaan adik-beradik Hill.

Setelah Mildred meninggal dunia pada 1916, Patty, bersama adiknya yang ketiga, bernama Jessica, mengambil tindakan mahkamah terhadap Coleman. Kedua beradik ini telah berjaya membuktikan yang melodi lagu tersebut adalah milik mereka. Disebabkan lagu tersebut telah disahkan secara undang-undang milik keluarga Hill, ia berhak untuk diberikan royalti apabila dinyanyikan untuk tujuan komersil.

Hakcipta yang pertama terhadap lagu ini telah dikeluarkan pada 1935 (selepas tuntutan mahkamah oleh Patty dan Jessica).

Pada tahun 1988, Birch Tree Group, Ltd. telah menjual hak lagu tersebut kepada Warner Communications (bersama aset lainnya) dengan anggaran $25 juta.

Dalam tahun 80an, lagu "Happy Birthday to You" dipercayai telah mengumpulkan sekitar $1 juta dalam bentuk royalti tahunan.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.

kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…
1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu —-> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer …… dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300
kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0
kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula, type skali lagi —-> about:config
1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -
network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)
3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0
dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)
kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba……

Cara Cepatkan StartUp

Tips aku... cara nak cepatkan startup.

1) Masuk msconfig >klik startup > buang apa software yg tidak dikehendaki semasa, check@uncheck. For example:winamp,winzip,quicktime,printer

2) buang icon yg tak berguna (xp ada function nie).. kosong gak wallpaper.. takpun..pakai wallpaper yg saiz kecik2 jee.. fail yg besar.. meletihkan tunggu load..

3) amalkan cleandisk, scandisk selalu... defrag sebulan skali kee..

4) cari fungsi lain yg melembabkan komputer spt
adware, spyware, hardware, ware-wall-west...and etc
(caranya dgn tekan ctrl+alt+del . tgk, ada program haram tak yg sdr run)

Monday, June 28, 2010

Cara mengetahui Ibu Pejabat seseuatu Website

Kita biasa menggunakan dan masuk ke pelbagai website.Tetapi kita tidak tahu ibu pejabat website tersebut.Seperti baru-baru ini, aku dpt jemputan dr rakan2 untuk menyertai satu jaringan sosial yang dikatakan bahawa jaringan itu dibuat dan di asaskan di Pakistan,Dan dikhabarkan juga ianya hanya untuk yang beragama Islam sahaja.Tetapi setelah aku memeriksa,ianya bukanlah beribupejabat di Paksitan seperti yg di khabarkan sebelum ini.Bagaimana caranya untuk kita mengetahuinya?.Mudah sahaja.

1) Buka Tab baru dan lawat ke
http://geotool.flagfox.net/?host=%3Cset_ur_url/ip_address_here/%3E













2) Pada IP Address/Hostname, taipkan URL website yg anda inginkan.Sebagai contoh, aku ingin mengetahui ibupejabat www.blogspot.com.So,aku just taip URL tu dan click submit.Pastu, kluar la mcm dlm pic ni

Friday, June 25, 2010

Tukar Layout FACEBOOK

Salam.Jom belajar cara menukar layout FB yg membosankan.huhu~Sediakan pen dan kertas minyak untuk menulis resepi ni..Jom!!

1.Login FB korang


2.Buka tab baru dan p jenguk http://www.social-plus.com/en/index.php
Click "DOWNLOAD"



3.Pastu korang restart browser yg korang gunakan.Utk tutorial ni, aku gunakan Mozilla Firefox.Dah restart, korang Kembali Ke Facebook korang sekali lagi.Tgk, ada tab baru dlm page FB korang. "SOCIALPLUS!"


4.Untuk menukar layout FACEBOOK, buat seperti pic di bwh.
Click SOCIALPLUS! >> PROFIL SKIN MANAGEMENT >> Pilih la skin yg berkenan di hati >>SAVE MY SKIN



5.Taraaa!! Done

Friday, June 18, 2010

Tukar Layout Blogspot -pyzam-

Okey, pelajaran kita kali ni adalah cara2 menukar layout blogspot dgn menggunakan http://www.pyzam.com.Sure korang pun malas mo dgr aku membebel panjang lebar.Jom stright to the point..aribbbaaaaa!!!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1. http://www.pyzam.com
2. Blog korang/kamurang
3. Wordpad (Mo Gunakan Pen&kertas pun xpa)

1.Mula-mula, ni la gambarwajah template asal blog aku


2. Kita Tinggalkan kisah tmplate lama aku tu, jom ke http://www.pyzam.com dan tgk yg aku sudah highlight ngan kaler black tuh. OTHER LAYOUTS. Silakan click button tu...sila la..


3. After that, u all kelik@click@ketik pada BLOGGER TEMPLATES. Nampak x? Kalau xnampak, meh aku cuci mata korang ngan clorox.


4. And then, korang@kamurang pilih la kategori template yg berkenan di hati.Sbg contoh, aku berkenan ngan kategori BLUE BLOGGER LAYOUTS (Walaupun sbnarnya aku xbkenan langsung)..hah! kelik la..apa tehegeh-hegeh lg tuh?


5. Kemudian, aku klik COBALT FLOWERS BLOGGER LAYOUT (Anggapla aku&korang bkenan sgt2 ngan tmplate ni).d bwh pic tu ada code yg aku downlightkan.Ingat posisi code trsebut dan abaikan wat smntara.

6.Setelah itu, kembali semula ke belog masing2 dengan tergesa-gesa.
Click DESIGN - EDIT HTML - click EXPAND WIDGET TEMPLATES


7. Sudah???...haaa~!!d cni la kepakaran Wordpad akan digunakan.Silala buka wordpad anda.Jgn segan2.Pastu, korang usir smua penghuni HTML tu ke Wordpad.Kalau xda wordpad, sila salin di atas kertas, semua code tersebut.wuahahaha!!!Xfaham??..emm cuma cut© code dr HTML tu ke Wordpad korang.Sebijik cam pic kat bawah ni.Tujuannya??Sbg persediaan jika code dr Pakcik Pyzam tu xblh digunakan, kita boleh guna semula tmplate asal tu.Got it???

8. Huh penatnya..Hidangla air kat aku..Step seterusnya, kita akan berbalik kepada Encik Pyzam.Ingat lagi x dgn CODE tmplate dr pyzam tu?Copy code tersebut dengan berhati-hati.Jgn tinggal walau 1huruf.

9. Huh..tutorial hampir tamat..pasni, korang kenala rajin2 dtg ke teratak aku ni dan click apa yg patut.huhu~..okey, skang ni, pastekan code dr Pyzam td ke box HTML blog korang yg cute2 belaka.

10. Kalao dah letak, korang leh la preview dlu.Kalau xda error, blh save Template.Bila dah save, korang jgn panic bila tgk page akan kuar cam dlm gambarwajah kat bwh.Apa yg patut dilakukan?Just click, KEEP WIDGETS dan korang dah boleh mula bersiul.


11. Yeah siap!!!!!!


Kalao korang xbkenan ngan tmplate dr Pyzam, korang blehla cari dr kedai-kedai racun rumput ni.Good Luck.


http://www.pyzam.com/
http://blogspottemplates.blogspot.com/
http://btemplates.com/
http://freetemplates.blogspot.com/
http://blogger-templates.blogspot.com/
www.bloggertemplatesdaily.com/
all-blogspot-templates.blogspot.com/

Cara mengcopy code lebih kurang sama.Cuma dapatkan CODE bg tmplate, dan pastekan ke box HTML blog korang.Mudahkan??

Tuesday, June 15, 2010

Membuat Catatan

Step yang seterusnya adalah membuat catatan.Ikuti langkah yang berikut :

1. Click NEW POST
2. And then, u all blh ar buat title NEW POST dan POST korang tue.
3. Jika mahu gambar dimasukkan, click button ADD IMAGE.Begitulah yang seterusnya, click ADD VIDEO bila korang nak tmbh video dalam catatan korang.
4. Pastu, korang boleh pilih samada nak SAVE atau PUBLISH POST catatan korang tu.
5. Click View Post @ View Blog

Monday, June 14, 2010

PENDAFTARAN BLOGSPOT

Salam dan hai kpd semua.Thanx kerana sudi singgah ke
bLogSpoT tUtoRiaL hamba yang huduh ni. Untuk memudahkan pendatang baru yang teringin sangat berbloging spt member2 yg lain.So, jngn buang masa, jom kita sama2 belajar dengan khyusuk..

Ikuti step2 mudah ni.(Xsesukar step Linda Jasmin yg five,six,seben,et tu)
1.CREATE ACCOUNT

Pastu,akan muncul la page camni.Ajaib kan???

Isikan semua tempat kosong tu.Jangan tinggal satupun.Dah siap isi,Click Teruskan.(Teruskan Usaha Anda,Usaha Tangga Kejayaan)
2.NAME BLOG
(blog title dan
Blog address (URL) - xblh ada space.Kalau korang degil mo letak space, pown blh juga.Tp page korang akan mengalami error yg kronik.huhu~

3.CHOOSE TEMPLATE
(pilih la sesuka ati korang,mo pkai tmplet pesen apa.kalau xsuka, Nnti blh 2kar, don't panic,let's picnic!!)

4.START BLOGGING
>>>mulakan berblogging dengan angkuhnya